Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa
saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan
sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di
negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang
terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai
berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma
adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma
sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan
tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak
khasiat.
Khasiat Kurma
Kurma diangkat tinggi oleh
Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus,
serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57
peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah
ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga
yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam
kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula
pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam
tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi
glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana
orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga
serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan
menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar
dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.
Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih
dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan
mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab
selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya
yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana
ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada
peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar.
Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali
sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf
kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam
susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya
sedikit.
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik
untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas
alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah
menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Dalam
bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam
kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam
perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk
seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan
bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan
menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di
negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering
atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam
atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan
tambahan dalam aiskrim.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat
besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga
niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat
serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi
mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan
gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma
mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan
tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil.
Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel
darah putih secara berlebihan.
Selain daripada gangguan usus, jus kurma
berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini
tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis,
kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.
Jus kurma juga merupakan penawar mujarab
dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi
mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan
kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan
gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk. Kurma
dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang
banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang
menyebut tentang kurma.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah
kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama
ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu
yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran
supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas
bersalin.
Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan
hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma.
Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung
dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya
menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses
kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir
kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga
dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan
meredakan tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain
Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra
Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada
sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar,
merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.
Disamping menambahkan tenaga seksual,
kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut. Mengikut hasil kajian
Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan
badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan
membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan
darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan
mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa
kelahiran.
Tidak sahaja buah kurma, umbut dari
pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan ia juga mempunyai khasiat
yang tersendiri. Pengeluar kurma dunia ialah Arab Saudi, Iraq, Iran,
Mesir, Tunisia dan Algeria
Tahukah Anda?
i. Kurma Mencegah Serangan Strok
Kandungan kalorinya yang tinggi dan
mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka
puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan
risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya.
Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan
mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah,
sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian,
misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.
Namun, karbohidratnya yang tinggi
membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling
tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma
mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan
pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung
makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur
tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa
penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan
risiko serangan strok.
ii. Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
Selain kalium yang berguna bagi
kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat.
Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau
penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan
darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu,
menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi
Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland
(kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot ,
menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya
Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti
aspirin.
Kurma kering , katanya, sangat tinggi
kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis
kering juga kaya dgn kalium kerana ia juga mengandung salisilat. orang
yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat,
akan bereaksi sama dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar
kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang
peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat,
termasuk kurma.
iii. Komposisi Gizi
Buah kurma boleh dimakan secara
langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh
dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen,
ais krim, selada dan sirap. Di negera Arab kurma mendapat tempat yang
cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji
beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.
Nilai gizi utama yang diandaikan memang
kandungan karbohidrat sederhananya, alias gulanya, yang tinggi.
Kandungan karbohidratnya berkisar dari sekitar 60% pada kurma lembek
(yang diambil sewaktu masih lembik dan mentah) hingga sekitar 70% pada
kurma kering (yang mengering di pohon, terjemur matahari) Kebanyakan
varietas kurma mengandungi gula glukosa (jenis gula yang ada dalam
darah) atau fruktosa (jenis gula yang terdapat dalam sebagian besar
buah-buahan). Namun, satu varietasnya yang bernama Deglet Noor yang
tumbuh di California hanya mengandungi gula sukrosa (dikenal juga
sebagai gula pasir).
Menurut Dr. Anwar El Mufti dari Mesir,
seperti dikutip harian "Buana Minggu", kurma mengandung zat gula 70%.
Sebagian besar zat gula yang terdapat di dalamnya sudah diolah secara
alami dan tidak berbahaya bagi kesihatan. Seperti halnya gula pada
buah-buahan yang dinamai fruktosa, zat ini mudah dicerna dan mudah
dibakar oleh tubuh. Dengan demikian akan menghasilkan tenaga yang
tinggi, tanpa menyusahkan tubuh untuk mengolah, mencerna, dan
menjadikannya sebagai gizi yang baik. Itu sebabnya mengapa kurma
dianggap sebagai buah yang ideal untuk hidangan berbuka puasa ataupun
sahur.
Segelas air yang mengandung glukosa,
menurut Dr. David Conning, Pengarah Am British Nutrition Foundation,
seperti dikutip Panasea, akan diserap tubuh dalam 20-30 menit, tetapi
gula yang terkandung dalam kurma baru habis terserap dalam tempo 45-60
menit. Makanya, orang yang makan cukup banyak kurma pada waktu sahur
akan menjadi segar dan tahan lapar, sebab bahan ini juga kaya dengan
serat.
Keunggulan kurma lainnya mengandung
berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin
dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah
yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai
zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat
(bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
Dalam setiap 100 g kurma kering
terkandung vitamin A 50 IU, tiamin 0,09 mg, riboflavin 0,10 mg, niasin
2,20 mg, serta kalium 666 mg. Zat-zat gizi itu berfungsi membantu
melepaskan energi, menjaga kulit dan saraf agar tetap sehat serta
penting untuk fungsi jantung.
Riboflavin dan niasin. Misalnya, akan
membantu melepaskan energi dari makanan, sementara tiamin membantu
melepaskan energi dari karbohidrat. Vitamin A dan niasin memainkan
peranan dalam membentuk dan memelihara kulit yang sehat. Tiamin penting
bagi sel-sel saraf, sementara niasin menjaga fungsi normal saraf.
Kurma juga mengandung banyak mineral
penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu
sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi
melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang secara mempermudah buang air
besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh
menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah
perdarahan rahim.
BUAH kurma bukan lagi asing bagi
masyarakat di negara ini khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi apabila
pada bulan Ramadan. Namun pernahkah anda terfikir untuk menanam pohon
kurma atau memiliki sendiri ladang kurma di negara ini? Atau memiliki
sebuah tapak semaian benih kurma untuk dijual secara komersial? Atau
sekadar menanam pokok kurma di halaman sebagai hiasan yang cantik?
Usahlah berasa hairan jika berhasrat demikian kerana ia kini bukanlah
sesuatu yang mustahil!
No comments:
Post a Comment