Saturday 5 November 2016

Amal Sunnah Untuk Hidup Sihat

Assalammualaikum... Salam i-Sihat, u-sihat.. Insya-Allah, semua sihat.. Dah minum susu kambing i-Sihat pagi ni?? Pagi ni admin minum Premium Berry sejuk.. Dah bancuh siap-siap malam tadi dan simpan dalam peti sejuk.. 
Admin posing dengan bunting i-Sihat... Fefeeling ala-ala model terkenal.. Kuang..kuang..kuang..

Oooowwwhhh... Ini rupanya admin blog.. Slim river je.. Apa rahsia??

Ada kawan opis admin kata, kalau nak kurus macam admin, kena minum susu kambing i-Sihat.. 

Ok, admin nak komen sikit.. Bagi admin sihat bukan diukur pada saiz badan.. Tak semestinya gemuk itu tak sihat dan tak semestinya kurus itu sihat.. Sihat bermaksud kita takde apa-apa penyakit..

Macamna nak kekal sihat dalam saiz badan anda sekarang?? Perkara asasnya adalah jaga pemakanan kita.. Boleh rujuk pada piramid makanan.. Misalnya kurangkan makanan berminyak (kolesterol) dan makanan manis.. Lebihkan makanan hijau iaitu sayuran dan makan buah-buahan.. 

Alhamdulillah.. Walaupun admin kurus macam tak cukup zat tapi admin sihat walafiat, tau.. Cuma admin memang takde selera makan.. Maksudnya orang makan sebungkus nasi, admin hanya boleh makan 1/3 dari sebungkus nasi.. Bukan sebab admin nak diet.. Tapi memang admin cepat kenyang.. Ada yang kata admin cerewet bab makan.. Dan ada pula yang kata perut admin kecil sebab tu cepat kenyang..

So apa yang admin buat?? Admin ada ambil apa-apa supplement ke??

Errrrmmm.. Bagi admin senang je.. Jaga makan ikut piramid makanan, insya-Allah, mesti sihat.. Admin lebih prefer untuk mengamalkan makanan sunah.. Selain ikhtiar untuk kesihatan, kita dapat extra point iaitu dapat pahala.. 

Sorry, mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat admin.. Dan mungkin juga ada yang alah pada bahan-bahan tertentu.. Yang penting kita yakin, sakit itu datang dari Allah dan nak sembuh pun ketentuan dari Allah.. Kita cuma berusaha untuk mencari penawarnya..



Nota Que: Minum susu kambing pun, sunnah Rasulullah.. Jom sihat dengan amalkan sunnah.. Sihat dapat, pahala pun dapat..

No comments:

Post a Comment