Assalammualaikum w.b.t.. Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Wahhhh... Tak sedar, kan.. Dah nak masuk bulan Februari.. Cepat betul masa berlalu.. Dan semakin bertambah usia kita.. Haaaahhhh.. Bila semakin berusia, semakin banyak badan kita perlukan kalsium.. Meh admin nak share terdapat 29 makanan yang kaya dengan kalsium..
Kalsium merupakan salah satu mineral yang
jumlahnya paling banyak diantara mineral-mineral lainnya yang terkandung
dalam tubuh kita. Kalsium sangat berguna dalam membantu pertumbuhan,
terutama pada bahagian tulang, untuk mencegah tulang reput (osteoporosis), dan membantu
memperkuat struktur tulang kita.
Perincian keperluan kalsium :
- 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun
- 1.000 mg setelah usia 50 tahun.
- Ibu hamil dan menyusui harus mengambil 1.200 mg kalsium per hari
Keperluan kalsium anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:
- Bayi berumur - 5 bulan : 400 mg
- Bayi 6 bulan - 1 tahun : 600 mg
- Anak usia 1 - 10 tahun : 800 mg
- Remaja usia 11 - 24 tahun: 1.200 mg
Manfaat Kalsium Bagi Tubuh Manusia
Ada beberapa manfaat kalsium bagi kesihatan, diantaranya adalah seperti berikut :- Mengaktifkan saraf
- Melancarkan peredaran darah
- Melenturkan otot
- Menormalkan tekanan darah
- Menyeimbangkan tingkat keasidan darah
- Menjaga keseimbangan cairan tubuh
- Mencegah osteoporosis (tulang reput)
- Mencegah penyakit jantung
- Menurunkan risiko kanser usus
- Mengatasi kram, sakit pinggang, hemorrhoids (buasir), dan reumatik (gout)
- Mengatasi sakit saat haid dan menopause
- Meminimakan penyusutan tulang selama hamil dan menyusui
- Membantu mineralisasi gigi dan mencegah pendarahan akar gigi
- Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
- Memulihkan gairah seks yang menurun/melemah
- Mengatasi kencing manis (mengaktifkan pankreas)
SUMBER
Jadi bagaimana kita hendak memenuhi keperluan kalsium kita sehari
–hari?? Adakah susah untuk memenuhi keperluan kalsium kita sehari – hari? Sebenarnya tidak susah, bahkan bahan-bahan makanan yang biasa kita ambil, memiliki kandungan kalsium yang tidak boleh dianggap
remeh.
Berikut bahan-bahan makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi :
PRODUK HASIL TENUSU
1. Susu
Susu merupakan produk yang paling popular di kalangan masyarakat,
sebagai salah satu bahan makanan yang mampu mencukupi keperluan kalsium.
Satu gelas susu memiliki kandungan kalsium sebanyak 270 mg, karana itu,
disarankan untuk mengambil susu secara rutin 2 kali sehari agar memenuhi keperluan kalsium.
2. Keju
Selain susu, keju juga memiliki kalsium yang tinggi.
Mengamalkan keju dapat menggantkan susu, bagi yang alergi akan
protein susu. Campurkanlah keju di dalam menu makanan sihat sehari-hari, untuk membantu memaksimakan keperluan kalsium dalam sehari.
3. Yoghurt
Yoghurt merupakan salah satu produk hasil susu yang sangat
popular. Selain dapat membantu melancarkan pencernaan, yoghurt
juga memiliki kandungan kalsium yang baik untuk tubuh sehari-hari. Hal
ini tidaklah mengejutkan, karana yoghurt merupakan produk hasil susu
yang memiliki kandungan mineral dan gizi yang banyak.
4. Sumsum Tulang Lembu
Salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan kalsium tertinggi.
Sumsum tulang lembu mampu memberikan kalsium sebanyak 40 kali ganda kalsium
daripada susu lembu biasa.
SAYUR-SAYURAN
5. Bayam
Bayam merupakan sayuran hijau yang sangat mudah ditemui dimana-mana. Bayam biasa dimasak rebus atau sup, sebagai makanan sihat sempurna ternyata
memiliki kandungan kalsium yang tidak main-main. Bayam ternyata mampu
menghasilkan 200 mg kalsium, yang tentu saja akan sangat membantu dalam
mencukupi keperluan kalsium sehari-hari.
7. Lobak
Lobak menghasilkan 200 mg kalsium per batang, yang akan sangat
bermanfaat bagi keperluan kalsium anda sehari-hari. Sayuran yang biasa
ditemui pada masakan soto atau acar ini memiliki manfaat yang sangat
baik bagi pemenuhan kalsium anda sehari-hari.
8. Kobis
Jenis sayuran yang biasa kita temukan dalam sup, cap cay, siomay dan berguna sebagai makanan rendah kolesterol. Kobis ini memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi, aitu 90 mg kalsium.
9. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran hijau yang digemari oleh masyarakat.
Seperti kebanyakan sayuran hijau lainnya yang memiliki serat tinggi, ramai yang mengamalkan sebagai makanan untuk diet sihat. Disamping itu, brokoli ternyata juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi, yaitu sebanyak 180 mg.
10. Bokchoy
Bokchoy merupakan sayuran hijau yang mirip seperti daun sawi.
Memiliki kandungan serat yang tinggi, bokchoy juga memiliki kandungan
kalsium sebanyak 74 mg.
11. Kangkung
Sayuran hijau memang sangat berguna bagi kesehatan tubuh kita.
Kangkung, selain memiliki serat yang tinggi, juga memiliki kandungan
kalsium yang tinggi dan sangat baik bagi keperluan sehari – hari.
KACANG-KACANGAN / BIJI-BIJIAN
12. Kacang Soya
Bagi yang menyukai kekacang, pastinya sudah tidak asing
dengan kacang soya ini. Kacang soya merupakan salah satu sumber protein
yang tinggi. 1 cawan kacang soya rebus mengndungi kalsium
sebanyak 261 mg.
13. Kacang Putih
Kacang putih ini memiliki kandungan kalsium sebanyak 175 mg.
14. Biji Bijan
Biji bijan biasa digunakan sebagai garnish atau topping bagi makanan saja. Namun siapa sangka, walaupun biasa digunakan dalam jumlah
yang sedikit, setiap 1 ons biji bijan ini memiliki kandungan kalsium
yang tinggi, aitu sebanyak 280 mg.
15. Kacang Almond
Almond biasa dijadikan bahan campuran dalam kek, biskut dan
coklat. Namun ternyata selain kaya kandunagn vitamin E, kalium dan zat
besi, kacang almond memiliki kandungan kalsium sebanyak 72 mg per ¼
cawan.
16. Kacang Peas
Kacang peas atau edamame memiliki kadar kalsium yang
tinggi, aitu sekitar 98 mg kalsium. Kacang peas ini boleh diamalkan dengan cara merebusnya dan boleh terus dimakan.
BUAH-BUAHAN
17. Oren
Oren merupakan buah yang terkenal kaya dengan vitamin C. Selain
memiliki kandungan vitamin C yang tinggi, oren juga memiliki kandungan
kalsium yang tinggi dalam sebiji buah, iaitu sebanyak 65 mg
kalsium.
18. Buah Ara
Buah ara merupakan salah satu jenis buah yang memiliki kandungan
kalsium yang tinggi, iaitu sebanyak 107 mg kalsium per 2 biji buah.
19. Pisang
Pisang merupakan buah-buahan yang sangat bermanfaat. Memiliki
kandungan mineral yang sangat banyak, antara lain kalium, fosfor, zat
besi, magnesium, dan kalsium.
20. Avokado
Avokado merupakan buah yang memiliki banyak keunggulan. Selain baik
untuk kesihatan kulit, dan memiliki banyak vitamin yang
terkandung. Buah avokado juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi
yang dapat memnuhi keperluan kalsium anda dalam sehari.
MAKANAN LAUT
21. Ikan Salmon
Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang memiliki banyak
kandungan mineral yang tinggi dan sangat berguna bagi tubuh sebagai makanan untuk pesakit diabetes. Selain mengandungi protein, 3 auns ikan salmon tin memiliki kandungan kalsium yang tinggi, iaitu sebesar 181 mg.
22. Sardin
Ikan lain yang memiliki kandungan kalsium yang tinggi adalah
ikan sardin. Ikan yang biasa didapati dalam bentuk tin ini ternyata
mampu memenuhi 30 % kalsium yang diperlukan tubuh.
23. Udang
Udang merupakan seafood yang memiliki banyak kandungan mineral. Anda
boleh mengamalkan udang segar atau udang kering yang juga
memiliki kandungan kalsium yang tinggi pula.
24. Kerang
Sama seperti udang, kerang juga merupakan hasil laut yang memiliki
kalsium yang tinggi yang mampu membantu anda dalam memenuhi keperluan
kalsium dalam satu hari.
JENIS MAKANAN YANG DIPROSES
25. Oatmeal
Oatmeal merupakan jenis bijirin yang sangat popular di kalangan
masyarakat yang gemar menerapkan gaya hidup sihat. Selain memiliki
kandungan serat yang tinggi, oatmeal juga memiliki kandungan kalsium
sebanyak 105 mg dalam setiap mangkuk.
26. Susu Soya
Bagi yang memiliki alergi terhadap produk hasil tenusu, jangan bimbang cubalah untuk mengamalkan susu soya ini. Satu cawan susu soya ini
memiliki kandungan kalsium sebesar 300 mg.
27. Tauhu
Taahu merupakan salah satu produk kacang soya yang memiliki
kandungan kalsium yang tinggi. Taahu merupakan menu yang popular di
kalangan masyarakat kita dan dapat diperoleh dengan sangat mudah di
pasar – pasar sekitar.
28. Tempe
Sama seperti taahu, tempe yang merupakan olahan dari kacang soya
juga memiliki kandungan mineral yang sangat baik bagi tubuh. Selain itu,
tempe juga memiliki kandungan protein yang tinggi dan bermanfaat
bagi tubuh.
29. Crackers
Crackers atau biskut ternyata memiliki kandungan kalsium yang baik
bagi tubuh juga. Beberapa jenis crackers, memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi dan dapat membantu memenuhi
keperluan kalsium anda sehari-hari.
Alhamdulillah.. Boleh dikatakan hampir semuanya admin suka makan.. huhuhuhu.. Cuma part makan sumsum tulang tu, admin angkat 'bendera putih'.. hehehehe.. Takpe admin tak risau sebab i-Sihat susu kambing kaya dengan kalsium..
Nota Que: Apa lagi yang ditunggu??? Whatsapp admin 019-3201012 segera untuk pembelian..
No comments:
Post a Comment