Kringggg… ( loceng menandakan masuk waktu rehat bagi sekolah)
.
“Terima kasih cikgu…!!!”, semua pelajar beredar ke kantin.
.
.
“Awak tak rehat ke Alif?” Ujar sy kpd pelajar ni.
.
“Tak cikgu”. Jawab alif ringkas.
.
“Kenapa alif tak rehat?” Aku cuba memancing jawapan dari mulut Alif.
.
Lantas dijaawab alif, “Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu… Beratur panjang-panjang tapi dapat beli
nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari selasa dan khamis je cikgu."
.
Alif tertunduk malu.
.
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
.
Saya bertanya lg, “kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?”
.
“Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu’,
Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan
bertambah..”
.
Mata saya dah berkaca…Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50
sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini.. Luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
.
Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
.
Mungkin kisah ini nampak ringkas tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
.
Di mana darjat kita yang sudah berkerja ini kalau nak dibandingkan dengan budak miskin dalam cerita tersebut. Allahuakbar! Subhanallah! Kurangnya sedeqah aku.
No comments:
Post a Comment