Assalammualaikum w.b.t.. Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, semua sihat.. Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua readers yang beragama Islam..
Marilah kita banyakkan berselawat kepada Rasulullah tanda cinta dan sayang kita kepada pemimpin terulung..
Admin sangat suka makan pegaga.. hehehehe.. Sebab admin kan suka makan sayuran dan ulaman.. Kali ni admin nak share tentang pegaga.. Jom kita sama-sama baca..
Pegaga
Nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle
asiatica
ialah sejenis ulaman popular orang melayu.
Sejenis tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah
yang agak lembab seperti kebun, ladang, tepi
jalan dan batas sawah. Ia pada asalnya dimakan
sebagai ulam untuk menambahkan selera makan
kerana daunnya yang wangi dan manis. Ia mudah
tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab
dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan
anak.
Tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia
kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi,
sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk
wanita ketika berpantang.
Biasanya seluruh bahagian pegaga
iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah,
dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan
khasiat yang tinggi. Di Indonesia, bunga dan
buah pegaga tidak dimakan kerana ia dikatakan
menjadi punca penyakit reumatisme sekiranya
terlalu banyak dimakan. Namun ada juga orang
yang yakin bahawa mereka akan beroleh umur yang
panjang dan awet muda apabila mengamalkan
pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka.
Tetapi berdasarkan kajian menunjukkan ia boleh
dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang
sedikit sahaja bagi mendapatkan kesan positif.
Ini kerana pengambilan yang berlebihan akan
mengakibatkan kesan narkotik dan keracunan
kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa
panjang.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah mengiktiraf pegaga sebagai herba
menjana kecerdasan berfikir terutamanya di
kalangan kanak-kanak. Pegaga yang dikenali juga
sebagai Centella asiatica telah diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.
Asal Usul
Mengikut ceritanya, pokok pegaga
ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India
setelah melihat gajah yang terkenal dengan
umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah
tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk
memanjangkan umur. Kini ia diambil sebagai ulam
dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan
selera. selain dimakan mentah sebagai ulam,
pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan
kerabu.
Kajian yang dilakukan pada 1949,
mendapati pegaga mujarab untuk mengubati
penyakit kusta dan ulser kerana ciri-ciri
antibakteria yang ada padanya. Penyelidikan
seterusnya yang dijalankan sekitar tahun 1950-an
pula mendapati pegaga amat baik untuk
menyembuhkan luka, kudis serta mengubati
kerengsaan kulit. Sebagai 'makanan menjana
kecerdasan otak', herba ini amat
mujarab untuk memperbaiki fungsi
minda seperti meningkatkan daya ingatan dan
penumpuan fikiran.
Herba ini mula digunakan dalam
perubatan Ayurveda. Ia juga pernah digunakan
dalam perubatan herba Shennong di cina lebih
kurang 2000 tahun yang lalu.
Kandungan
Pegaga yang simplisianya dikenal
dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan
asiaticoside, thankuniside, isothankuniside,
madecassoside, brahmoside, brahmic acid,
brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol,
centelloside, carotenoids, hydrocotylin,
vellarine, tanin serta garam mineral seperti
kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi.
Diduga glikosida triterpenoida yang
disebut asiaticoside merupakan antilepra
dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat
vellarine yang ada memberikan rasa pahit.
Pegaga juga mengandungi banyak
sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti
mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma,
antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam
bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai
agen antialergi, antikanser, antidisenteri,
peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan,
tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu
karang, penawar kencing berdarah, kusta,
gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi,
antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan
air kencing, antilepra dan anti sifilis.
Khasiat
Pegaga dapat mengurangkan tekanan
darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan
proses penuaan dan menolong badan dari bahan
toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan
di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan
dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun
ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah
kulit.
Di timur pula, pegaga juga
digunakan untuk mengatasi masalah seperti
kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah
fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga
menunjukkan kesan positif terhadap sistem
pengaliran darah dengan menguatkan salur darah
dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang
memberangsangkan bila digunakan untuk merawat
kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki
terasa berat dan kebas.
Daun pegaga berfungsi sebagai
astrigensia
dan tonikum.
Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh
dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.
Kesimpulannya pegaga sesuai untuk
penyakit berikut :
- Pembengkakan Hati
- Demam, Campak
- Sakit Tekak, Batuk Kering,
- Asma, Brokitis, Pleuritis
- Radang Mata Merah
- Keputihan
- Tekanan Darah Tinggi
- Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
- Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
- Keracunan Makanan
- Batuk Darah, Muntah Darah
- Busung, bisul
- Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
Kelebihan
Pegaga atau nama saintifiknya
Cantella asiatica boleh membangkitkan selera
makan, membantu meredakan masalah penghadaman,
mengatasi masalah buasir kerana mengandungi
serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah,
terutama bagi wanita yang ada masalah haid.
Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah
keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.
Air perahan daun pegaga juga
dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok
diamalkan jika demam, mengalami masalah berak
berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan
akar pegaga ini dipercayai boleh membantu
mengawal paras gula dalam darah di kalangan
pesakit kencing manis. Malah, ada yang
menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan
badan.
Selain itu, pegaga juga telah
lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan
darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar
limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab
untuk membantu mereka yang bermasalah untuk
tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan
darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan
mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit
air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.
Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada
beberapa peringkat pembentukan tisu seperti
menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang
pembentukan rambut dan kuku.
Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan
proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit
lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan
makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka
bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan meminum jus pegaga
dapat meningkatkan daya ingatan seseorang,
disamping dipercayai boleh meningkatkan
kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami
kecacatan akal.
Dewasa ini produk yang berasaskan
pegaga telah di gunakan dengan meluas
dalam
industri kecantikan sebagai anti selulit, anti
kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka,
menambah ketegangan kulit dan meningkatkan
pembentukan kulit yang baru.
Nota Que: Dah lepas baca, boleh la cuba tanam sendiri pegaga kat tepi rumah.. hehehehehe..
No comments:
Post a Comment