Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Kali ni admin nak share tentang masalah keputihan yang sering dialami oleh wanita.. Jom baca sama-sama..
Apakah itu penyakit keputihan?
Masalah keputihan atau
lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada
faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh
kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita
yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh
aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap
risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu
petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai
pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj
secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan
rawatan perubatan.
Jenis-Jenis Keputihan
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.
Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan
gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang
wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen
lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau
serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang
dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik
bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti
mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau,
berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan
fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap
wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan
oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.
- Faktor Kebersihan
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
- Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
- Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
- Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
- Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan
Terdapat pelbagai
bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria
semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada
bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan
sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5
hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu
melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
Jangkitan kuman akan
berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran,
misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai
boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora
yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism
komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.
Penyakit keputihan
adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella
vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan
dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam jadual
dibawah :-
Agen Penyebab Penyakit Keputihan
Bahaya Penyakit Keputihan
Penyakit keputihan
yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang
merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja
berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim,
tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa
kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka
masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil
daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap
antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit
keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada
faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran
pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh
menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh
mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai
system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap
biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula
pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman
tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang
menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis
invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.
Cara mencegah Penyakit Keputihan
Mencegah adalah
sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran
mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting
kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat
diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan,
berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
- Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
- Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
- Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
- Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
- Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
- Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
- Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
- Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
- Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
- Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Nota Que: Tips dari admin.. Amalkan minum i-Sihat Premium Berry, insya-Allah dapat mengatasi masalah keputihan..
0 comments:
Post a Comment