Poster Ramadhan


















5 Tips Untuk Mendapat 4 Flat

Setiap pelajar ingin berjaya di dalam kehidupan dan tidak mustahil dikalangan rakan-rakan anda akan bersaing untuk memperolehi keputusan yang cemerlang. Lebih-lebih lagi di alam universiti sudah menjadi lumrah banyak persaingan pelajar akan hadapi. Ini adalah serba sedikit tips kepada pelajar ingin mendapat 4 flat.


1. Datang awal ke kelas
Datang awal ke kelas dan duduk barisan hadapan supaya penerangan dari pensyarah anda dapat didengari dengan jelas dan nota dapat ditulis dengan mudah.

2. Banyakkan bertanya
Jika anda tidak memahami sesuatu topik. Angkat tangan dan bertanya kepada pensyarah tentang perkara yang anda tidak fahami.

3. Membuat jadual belajar
Uruskan masa anda dengan baik. Buatkan satu jadual belajar anda yang sistematik. Kalau boleh setiap hari anda mesti membuat ulang kaji.

4. Membuat ‘study group’
Ini memudahkan proses pembelajaran kerana setiap orang di dalam ‘group’ itu akan menerangkan setiap 1 topik. Anda hanya perlu menerangkan 1 topik dan mendengar penerangan ahli kumpulan tentang topik yang lain.

5. Jaga solat
Ini sangat penting untuk semua pelajar. Apabila anda menjaga solat maka Allah permudahkan segala urusan pembelajaran.

Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat memberi kesihatan yang baik kepada tubuh badan. Tahukah anda, Vachoc 10 Plus mempunyai campuran badam, kismis, gingko biloba dan banyak bahan lain yang sangat baik untuk minda ia diformulasi oleh Doktor dengan menggunakan teknologi tinggi bagi mengekalkan nutrisi yang terbaik.








5 Tips Jimat Pasangan Baru Berkahwin

Sebagai seorang umat Islam, kita digalakkan agar sentiasa bersederhana dalam semua aspek kehidupan. Begitu juga dalam menjalani kehidupan baru seperti pasangan baru berkahwin. Setiap hal perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi di dalam kewangan. Di sini tips untuk pasangan baru berkahwin untuk berjimat.


1. Berjimat  cermat
Mulakan alam perkahwinan dengan menanam sifat berjimat dan sentiasa merancang kewangan anda. pastikan hanya membeli keperluan yang yang bermanfaat di dalam rumah.

*Jika ada barang terpakai dari rumah ibu bapa dan adik beradik, gunakan sementara waktu dahulu. apabila kewangan telah stabil baru membeli yang baru.

2. Rancang ikut kemampuan
Carilah rumah yang mampu anda bayar atau cari rumah sewa. Kalau boleh cari rumah yang berkedudukan strategik yang tidak berapa jauh dari tempat kerja atau berdekatan dengan kemudahan awam untuk memudahkan berulang alik ke rumah dan tempat kerja.

3. Pilih keperluan bukan kemahuan
Barangan harian juga dibeli mengikut keperluan penting sahaja. Usah membeli ikut kehendak dan kemahuan. Selain itu, jika hanya tinggal berdua jangan membeli dalam kuantiti yang banyak. Beli barang dapur yang perlu dimasak hanya untuk seminggu sahaja.

4. Masak sendiri
Memasak di rumah dan elakkan makan di luar kerana memasak di rumah banyak kebaikannya. Selain dapat berjimat, dapat juga meluangkan masa dengan pasangan, merasa air tangan isteri. Apabila meluangkan waktu bersama, pasangan boleh memahami sikap antara satu sama lain serta saling  mengenali dengan lebih rapat.

5. Utamakan yang utama
Membeli peralatan rumah yang penting sahaja. Misalnya set bilik tidur, meja makan dan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan, dapur masak dan peti sejuk. Perhiasan rumah tidak penting, cukup sekadar menghias rumah nampak bersih dan ringkas.






5 Cara Mengatasi Pembuli Siber

Menurut Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey (2012), Malaysia berada di tempat ke-17 paling tinggi kes buli siber dalam kalangan 25 negara yang ditinjau. Kajian itu juga melaporkan 33 peratus kanak-kanak berumur lapan hingga 17 tahun me­ngalami beberapa bentuk buli siber. Dua tahun selepas kajian itu, satu kajian lanjutan mendedahkan kejadian buli siber dalam kalangan kanak-kanak yang bersekolah di Malaysia sedang meningkat terutama mereka dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Di sini saya bagi tips untuk mengatasi masalah pembuli siber.



1. JANGAN MELAYAN
Pembuli siber memang suka mengapi-apikan perasaan manusia. Apabila sasaran (orang) mula melatah dan memberi tindakbalas dan reaksi, pembuli siber semakin suka dan ia akan mengganggu anda lagi.

2. JANGAN MUDAH MELATAH
Elakkan mudah melatah. Jika anda menegakkan keadilan dengan melawan secara kekerasan ia membuatkan situasi bertambah buruk. Jika mahu memberi komen, komenlah dengan cara yang baik yang dapat memberi kesedaran.

3. SIMPAN BUKTI
Perkara ini sangat penting lebih-lebih lagi mangsa itu adalah wanita. Simpan segala bukti tidak kira dalam bentuk mesej, video, atau audio. Apabila keadaan semakin bertambah buruk gunakan bukti yang ada untuk menjadi ‘senjata’ untuk berdepan dengan pihak berkuasa.

4.BLOCK SI PEMBULI
Jika pembuli siber mengganggu dalam bentuk mesej, komen atau private message. Block mereka supaya ia tidak menggangu emosi anda.

5. MOHON BANTUAN KAWAN
Apabila pembuli siber tidak dibanteras, masalah menjadi semakin buruk. Maka gunakan kenalan anda yang ada untuk membuat laporan tentang perlakuan mereka.






5 Cara Atasi Tekanan Di Tempat Kerja

Lumrah di dalam kehidupan kita akan ada tekanan di tempat kerja. Suasana tempat kerja yang tidak harmoni dan tidak selamat meningkatkan kurang kecekapan di dalam pekerjaan dan kurang keseronokan di tempat kerja. Suasana yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Di sini saya sertakan 5 Cara Atasi Tekanan Di Tempat Kerja. 

1. Sentiasa  berfikiran positif supaya segala masalah kecil @ besar dapat diselesaikan dengan mudah.

2. Tetapkan sasaran (terutama dalam pencapaian kerja) dalam had kemampuan.

3. Usah takut menolak tugasan yang diberi jika anda memang benar-benar banyak kerja.

4. Usah bawa balik kerja ke rumah atau membawa masalah peribadi ke tempat kerja.

5. Solat dan berdoa minta pertolongan daripada Allah s.w.t kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian.






10 Tips Mendidik Anak Cara Islam

Era moden ini, mendidik anak cara Islam semakin dilupakan. Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak dengan cara Islam supaya anak anda tahu tentang nilai-nilai murni yang sepatutnya ditanamkan dalam diri mereka. Hindari unsur-unsur yang boleh melemahkan nilai-nilai murni tersebut. Maka di sini saya sertakan 10 Tips Mendidik Anak Cara Islam.

1. ELAKKAN PUKUL ANAK DARI BAHAGIAN LUTUT KE ATAS
Kawal diri sebagai ibu bapa. Elakkan pukul anak dari lutut ke atas. Kalau terlalu marah pukul tapak kaki anak. Anak perlu diberitahu sebab dia dipukul. Kalau boleh nasihat dahulu dan baru pukul.

2. ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Walaupun kita pernah mengalami perkara seperti ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita kerana ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.

3. AJAR ANAK ANDA SOLAT
Anak-anak kecil memanglah tidak dititikberatkan dengan sesuatu perintah agama baik berdasarkan wajib atau sunat. Namun ibu bapa perlu mengajar anak untuk bersolat sejak kecil. Tujuannya untuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak kecil apabila meningkat dewasa, ia mudah untuk melakukan ibadah wajib.

4. MEMANGGIL NAMA YANG BAIK
Memberi nama dan memanggil nama anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan kawan mereka mengetahui panggilan itu.

5. PELUK ANAK ANDA SETIAP HARI
Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk kerana mereka diberi kasih sayang yang cukup.

6. SELALU MEMUJI ANAK ANDA
Berikan kasih sayang setiap kali anak anda berbuat kebaikan seperti memberi pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.

7. AKUI KESILAPAN ANAK ANDA
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran. Proses perkembangan membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

8. UTAMAKAN ANAK
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah anak kerana anak anda akan terus membesar. Apabila anda sebagai ibu bapa tidak mementingkan anak kemungkinan besar anda tidak akan sedar proses perkembangan anak anda dengan baik dan inilah punca anak anda nakal.

9. ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh kerana setiap detik
pembelajaran anak, akan mempengaruhi fikirannya. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

10. MENDENGAR APABILA ANAK ANDA BERCERITA
Dengarlah cerita anak anda kerana dengan cara itu anak anda akan rasa dihargai dan didengari walaupun anda sebagai ibu bapa tidak berapa faham kata-kata mereka. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’.











Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..

VideoBar

This content isn't available over encrypted connections yet.
Powered by Blogger.