Wednesday 25 April 2018

10 Cara Mengawal Anak Degil Tanpa Stres

Semua ibu bapa akan mengalami anak yang degil dan nakal. Dengan pelbagai masalah di pejabat dan kerja yang berlambak di rumah, perangai anak-anak kadang kala membuatkan kita mudah stres. Di sini saya kongsikan 10 cara mengawal anak degil tanpa stres.


PERTAMA: Sentiasa ingatkan diri bahawa anak adalah anugerah, amanah dan ujian untuk kita. Bila anak kita buat kita sedih, mungkin itu ujian kesabaran. Bila anak kita buat kita happy, mungkin itu ujian kesyukuran. Kembalikanlah semua tu kepada Allah SWT. Mengadulah kepada Allah.

KEDUA: Amalkan solat sunat terutama solat taubat dan zikir-zikir, terutama zikir Fatimah dan zikir Asmaulhusna, istighfar dan selawat. Bersihkan hati agar kita boleh nampak hikmah di sebalik amanah dan anugerah ini.

KETIGA: Doakan yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan sesekali terlintas, apa lagi terucap “Anak saya degil” “Anak saya nakal” apa lagi kalau cakap pada anak-anak “Kamu ni degil” “Kamu ni nakal”… kata-kata ibu merupakan doa. Doakan yang baik-baik untuk anak anda.

KEEMPAT: Pasangkan bacaan al-Quran atau alunan muzik yang menggetarkan frekuensi Alpha untuk memberi ketenangan kepada seisi rumah, terutama anak-anak yang aktif.

KELIMA: Luangkan masa yang sibuk untuk bermain membuat aktiviti dengan anak-anak. Luangkan masa bersama mereka 20 minit atau 30 minit hanya bersama mereka sahaja tanpa gangguan handphone, TV dan sebagainya.

KEENAM: Masakkan makanan untuk anak-anak. Sambil masak, sambil doakan mereka. Selain itu, boleh juga pasangkan alunan al-Quran di dapur ditempat kita masak.

KETUJUH: Sentiasalah berasa gembira dan bahagia dengan gelagat anak-anak. Mereka adalah kanak-kanak, bukan orang dewasa.

KELAPAN: Jangan pernah merasakan anak sebagai beban. Walau susah macam mana pun, anak adalah anugerah Allah.

KESEMBILAN: Jangan membanding-banding anak anda dengan orang lain. Anak kita telah dicipta oleh Allah, mengikut kesesuaian dengan kita. Fokuslah kepada apa yang kita miliki ini. Sayangi, kasihi, perbaiki diri.

KESEPULUH: Didik anak untuk berdisiplin, dengan memberi pesan yang baik setiap hari, dan menunjukkan contoh yang baik setiap masa.











No comments:

Post a Comment