Wednesday 25 April 2018

4 Larangan kepada Ibu Berpantang

Penjagaan diri untuk ibu bersalin sangat dititikberatkan. Terutamanya larangan semasa berpantang, amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Sememangnya diakui, amalan-amalan ini diakui remeh dan leceh, namun demi untuk kesihatan badan jangka masa panjang, ia wajar diamalkan. Di sini saya ingin kongsikan 4 larangan utama bagi ibu berpantang yang wajib ibu-ibu di luar sana mengambil berat.


1. Mengangkat Benda Berat
Seeloknya dapatkan suami untuk membantu anda. Tapi dalam kes tertentu mungkin anda juga perlu melakukannya sendiri. Jadi, elakkan mengangkat benda yang berat, lebih-lebih lagi di bilik air. Keadaan lantai yang licin menjadikan kerja anda lebih membahayakan.

2. Naik Turun Tangga
Elakkan aktiviti naik turun tangga yang terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu jahitan atau luka bersalin. Berjalanlah dengan perlahan dan jaga langkah anda untuk mengelakkan daripada terjatuh. Kalau nak mudah, sediakan satu ruang khas untuk anda dan bayi di tingkat bawah saja agar anda tak perlu naik ke atas dengan kerap.

3. Memandu
Elakkan memandu jarak jauh dalam tempoh berpantang kerana ia boleh meletihkan. Ini akan membahayakan nyawa anda dan pengguna jalanraya yang lain. Berhentilah apabila letih dan berehat di RnR apabila rasa tidak selesa. Ada masanya ibu terpaksa memandu untuk melawat bayi yang ditahan di hospital. Dalam kes ini,  pastikan anda berhati-hati dan memakai tali pinggang keselamatan.

4. Hubungan Seksual
Tubuh anda, terutamanya bahagian vagina dan rahim anda memerlukan masa untuk pulih daripada luka bersalin. Oleh sebab itu, doktor biasanya menyarankan anda untuk menunggu sekitar 5-6 minggu sebelum melakukan hubungan seksual dengan suami. Ini adalah penting bagi mengelakkan risiko jangkitan, pendarahan serius atau luka yang terbuka.





No comments:

Post a Comment