Era moden ini, mendidik anak cara Islam semakin dilupakan. Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak dengan cara Islam supaya anak anda tahu tentang nilai-nilai murni yang sepatutnya ditanamkan dalam diri mereka. Hindari unsur-unsur yang boleh melemahkan nilai-nilai murni tersebut. Maka di sini saya sertakan 10 Tips Mendidik Anak Cara Islam.
Kawal diri sebagai ibu bapa. Elakkan pukul anak dari lutut ke atas. Kalau terlalu marah pukul tapak kaki anak. Anak perlu diberitahu sebab dia dipukul. Kalau boleh nasihat dahulu dan baru pukul.
2. ELAKKAN GUNA TANGAN ATAU ANGGOTA TUBUH YANG LAIN UNTUK MEMUKUL ANAK
Walaupun kita pernah mengalami perkara seperti ini, jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita kerana ia akan menjadi lebih buruk di mana anak akan bertambah nakal dan degil.
3. AJAR ANAK ANDA SOLAT
Anak-anak kecil memanglah tidak dititikberatkan dengan sesuatu perintah agama baik berdasarkan wajib atau sunat. Namun ibu bapa perlu mengajar anak untuk bersolat sejak kecil. Tujuannya untuk membiasakan anak-anak mendirikan solat sejak kecil apabila meningkat dewasa, ia mudah untuk melakukan ibadah wajib.
4. MEMANGGIL NAMA YANG BAIK
Memberi nama dan memanggil nama anak dengan nama yang baik-baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Lebih malu apabila kawan kawan mereka mengetahui panggilan itu.
5. PELUK ANAK ANDA SETIAP HARI
Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk kerana mereka diberi kasih sayang yang cukup.
6. SELALU MEMUJI ANAK ANDA
Berikan kasih sayang setiap kali anak anda berbuat kebaikan seperti memberi pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
7. AKUI KESILAPAN ANAK ANDA
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran. Proses perkembangan membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
8. UTAMAKAN ANAK
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah anak kerana anak anda akan terus membesar. Apabila anda sebagai ibu bapa tidak mementingkan anak kemungkinan besar anda tidak akan sedar proses perkembangan anak anda dengan baik dan inilah punca anak anda nakal.
9. ELAKKAN MENGELUH KERANA ANAK
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh kerana setiap detik
pembelajaran anak, akan mempengaruhi fikirannya. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
10. MENDENGAR APABILA ANAK ANDA BERCERITA
Dengarlah cerita anak anda kerana dengan cara itu anak anda akan rasa dihargai dan didengari walaupun anda sebagai ibu bapa tidak berapa faham kata-kata mereka. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Dengan kata lain, ‘Be a good listener’.
No comments:
Post a Comment