Kemurungan ialah keadaan di mana seseorang merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, tiada motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan menganggu aktiviti harian seperti bekerja, hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar itu adalah kemurungan yang serius. Jadi saya ingin kongsikan 7 cara elakkan kemurungan.
Latih minda untuk melupakan kenangan pahit. Proses ini mengambil masa tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.
2. BUANG PERASAAN RISAU YANG MELAMPAU
Kesan ini membuatkan anda akan ada risau yang melampau dan ia memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
3. BELAJAR ERTI BERSYUKUR
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada kerana setiap kali anda bangun pagi anda masih mempunyai kawan rapat dan ahli keluarga yang amat memahami anda.
4. BELAJAR MENJADI PEMAAF
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan negatif dan
emosi negatif. Ia dapat menghilangkan perasaan negatif dan menarik ketenangan pada diri anda.
5. KETAWA, KETAWA DAN TERUS KETAWA
Ketawalah apabila terdapat perkara yang mengembirakan anda. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.
6. UBAH FIKIRAN
Anda harus mencari nilai-nilai positif di dalam diri anda. Kita memang tidak boleh mengubah situasi sedih tapi kita boleh mengubah fikiran kita untuk menjadi lebih positif di dalam kehidupan.
7. CEKALKAN HATI
Cekalkan diri anda supaya anda mempunyai kesabaran yang tinggi dan anda harus pandai mengawal emosi untuk menerima dengan hati terbuka.
No comments:
Post a Comment