Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Admin nak share mengenai 8 jenis rezeki dari Allah.. Admin dapat ni dari FB: i-Sihat Susu Kambing HQ.. Mari sama-sama kita baca dan renungkan.. Semoga bermanfaat untuk kita semua..
1.Rezeki Yang Telah Dijamin.
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).
2. Rezeki Kerana Usaha.
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).
4. Rezeki Tak Terduga.
وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan
baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).
5. Rezeki Kerana Istighfar.
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha
Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan
memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).
6. Rezeki Kerana Menikah.
وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ
وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan
juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan
perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan
kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).
7. Rezeki Kerana Anak.
وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah
yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).
8. Rezeki Kerana Sedekah.
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik
(infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran
kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).
Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. Amiin..
by ustaz iqbal zain
#mujur_ada_isihat #isihatsusukambingterbaik #premiumberrysedap
LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Disclamer
Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...
Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment