Kisah Kepompong & Rama-rama


Malam ni, tetiba plk Dr Zara teringat cite my specialist waktu Dr Zara jadi houseman dulu...my specialist tu cite kat sekumpulan houseman (Dr Zara included) waktu teaching wardround...citenya bermula macam ni....
.
.
Suatu hari, ada seorang budak lelaki tgh tengok seekor kepompong..
.
kat dalamnya, ada rama-rama yg tengah berjuang untuk melepaskan diri dari dalam kepompong dan nampak macam SUSAH SANGAT nak kluar. Budak lelaki tu pun rasa sgt kesian.
Akhirnya, budak tu ambik gunting dan bantu potong
kepompong tu supaya rama-rama td dapat keluar dengan segera dan senang. Alangkah senang dan leganya perasaan budak tu dpt tolong rama-rama.
.
Tetapi apa yang terjadi?
.
Rama-rama tu memang dapat keluar dari kepompong,tapi rama-rama itu tak dapat terbang, dia just dapat merayap.
.
Apa sebabnya?
.
Sebenarnya pada saat rama-rama mengerahkan seluruh tenaganya untuk keluar dr kepompong, ada satu cecair dalam tubuhnya mengalir dengan kuat ke seluruh tubuhnya, yang akan membuatkan sayap rama-rama dapat mengembang sehingga ia dapat terbang. Tapi sbb dah takde PERJUANGAN & KESUSAHAN untuk keluar dr kepompong tu, maka sayapnya tidak dapat mengembang sehingga ia menjadi seekor rama-rama yang hanya dapat merayap.
.
.
So, apa yang Dr Zara nak bagi tau kat sini, kisah ni samalah macam kehidupan kita . Setiap kesusahan , masalah dan dugaan adalah batu loncatan untuk menjadikan kita lebih cekap, matang, sempurna dan lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan yang akan datang. Tapi, kalau kita cuba mengelak atau mencari jalan pintas, for sure ia tidak akan menolong kita malah membinasakan diri kita.
.
Sooo, utk semua (especially untuk semua ejen & stokis ellVita) kita harus sentiasa bersemangat dan tak mudah putus asa dalam menghadapi setiap cabaran & dugaan. tak kisah la dalam apa jua perkara sekali pun..dalam hidup, bisnes, family & sebagainya..jadi la orang yang sentiasa ada inisiatif untuk maju
& sentiasa terkedepan & tak mudah bergantung pada orang lain..BE INDEPENDENT..
.
.
Hehe...amacam? rasa semangat x lepas baca cerita ni?
kalau betul2 semangat, reply la 'YES' kat bawah..
.
.
#HiduppenuhdenganPERJUANGAN
#berjuangbersamaellVita

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.