Menurut Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey (2012), Malaysia berada di tempat ke-17 paling tinggi kes buli siber dalam kalangan 25 negara yang ditinjau. Kajian itu juga melaporkan 33 peratus kanak-kanak berumur lapan hingga 17 tahun mengalami beberapa bentuk buli siber. Dua tahun selepas kajian itu, satu kajian lanjutan mendedahkan kejadian buli siber dalam kalangan kanak-kanak yang bersekolah di Malaysia sedang meningkat terutama mereka dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Di sini saya bagi tips untuk mengatasi masalah pembuli siber.
1. JANGAN MELAYAN
Pembuli siber memang suka mengapi-apikan perasaan manusia. Apabila sasaran (orang) mula melatah dan memberi tindakbalas dan reaksi, pembuli siber semakin suka dan ia akan mengganggu anda lagi.
2. JANGAN MUDAH MELATAH
Elakkan mudah melatah. Jika anda menegakkan keadilan dengan melawan secara kekerasan ia membuatkan situasi bertambah buruk. Jika mahu memberi komen, komenlah dengan cara yang baik yang dapat memberi kesedaran.
3. SIMPAN BUKTI
Perkara ini sangat penting lebih-lebih lagi mangsa itu adalah wanita. Simpan segala bukti tidak kira dalam bentuk mesej, video, atau audio. Apabila keadaan semakin bertambah buruk gunakan bukti yang ada untuk menjadi ‘senjata’ untuk berdepan dengan pihak berkuasa.
4.BLOCK SI PEMBULI
Jika pembuli siber mengganggu dalam bentuk mesej, komen atau private message. Block mereka supaya ia tidak menggangu emosi anda.
5. MOHON BANTUAN KAWAN
Apabila pembuli siber tidak dibanteras, masalah menjadi semakin buruk. Maka gunakan kenalan anda yang ada untuk membuat laporan tentang perlakuan mereka.
0 comments:
Post a Comment