8 Akibat Rezeki yang Haram

Pernah tak anda semua terfikir, halalkah rezeki yang kita dapat selama ni? Sebagai seorang muslim, kita patut menitikberatkan aspek ini. Rezeki yang halal dapat memberikan ketenangan dan kebahagian dalam hidup kita.
.
Apa pula akibatnya kalau rezeki yang kita dapat tu adalah dari sumber yang haram? OK..cuba baca share ni. perkongsian ni Dr Zara share dari irfankhairi.com.
.
8 akibat rezeki yang haram:
.
1. Tidak akan berasa puas dengan apa yang ada.
Tidak kira berapa banyak yang kita dapat, ia pasti terasa tidak cukup. Lagi banyak dapat, lagi banyak yang nafsu mahu lagi dan lagi. Manakala rezeki yang halal dan berkat, Allah swt akan cukupkan bagi kita.
.
2. Harta yang dapat tidak berkat untuk keluarga dan anak-anak!
Rezeki yang kita dapat akan menjadi pemakanan, tempat tinggal, pakaian keluarga, pembelajaran dan berbagai lagi. Segalanya akan menjadi tidak berkat.
.
3. Selalunya rezeki yang haram datang daripada mengzalimi dan menindas orang lain.
Sekiranya orang lain tertindas untuk mengkayakan diri sendiri, di situlah petanda rezeki yang kita terima tidak diberkati Allah swt.
.
4. Hati tidak akan rasa tenang dan sering melanda masalah dan stress.
Pada zahirnya dilihat mempunyai kereta besar, rumah besar dan segalanya mungkin besar. Namun, masalah dan stress dijiwa juga besar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar orang ramai.
.
5. Diri, isteri, suami dan anak akan lebih cenderung melakukan kejahatan…
…akibat rezeki haram. Sebagai suami atau isteri, perlu menunjukkan contoh yang baik kepada keluarga. Sekiranya contoh yang ditunjukkan adalah memperolehi rezeki yang haram, maka yang haram itu akan menjadi kebiasaan dilakukan oleh keluarga.
.
6. Kebahagiaan dan kejayaan sebenar tidak akan tercapai…
…dengan sumber yang tidak berkat dan haram. Kebahagian dan kejayaan hanyalah sia sia sekiranya mengejar dunia dengan rezeki haram. Kejar akhirat, dan dunia akan mengejar kita.
.
7. Dibenci oleh orang ramai dan hilang kepercayaan dan kredibiliti…
Kepercayaan dan kredibiliti perlu dibina. Sukar untuk membina kepercayaan orang, namun amat mudah hilang kepercayaan apabila memperolehi rezeki dari punca haram.
.
8. Dibenci oleh Allah swt dan diberi istidraj…
…iaitu rezeki yang akan melalaikan dan memusnahkan diri dan keluarga sendiri. Mungkin balasan tidak di dunia, tetapi balasan di akhirat kelak.

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.