Anggur Kering

Assalammualaikum w.b.t... Salam i-Sihat, u-sihat.. Insya-Allah, semua sihat.. Ok, kali ni admin nak share tentang anggur kering atau lebih dikenali sebagai kismis oleh masyarakat kita.. Admin sangat suka makan anggur.. Setiap minggu admin akan beli stok anggur.. Memang berebut makan dengan anak-anak.. hehehehe.. Itulah kebahagian sebagai seorang ibu..

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu? Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.


Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.

Kebaikan Buah Kismis
  • Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrasi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium,” Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot.
  • Kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan. Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.
  • Ramai yang percaya dan juga mengamalkan pengambilan kismis yang dikatakan boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi.
  • Kajian mendapati bahan fitokimia (phytochemical) yang terdiri daripada lima jenis sebatian dalam kismis boleh mendatangkan kebaikan kepada gigi dan gusi dimana ia mampu menentang bakteria penyakit mulut dan gusi serta membantu dalam penjagaan mulut. Ini bermakna, mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.
  • Stroobant yang mempunyai saluran masakan sendiri di Asian Food Chanel siaran Astro, berkata buah anggur yang dikeringkan menjadi kismis itu mungkin kecil saiznya dan selalunya tidak bersifat menonjol, tetapi buah yang kecil itu sebenarnya penuh dengan zat semula jadi serta kaya khasiat yang diperlukan badan manusia sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Sumber: Berita Harian
  • “Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti. Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria. Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah.

  • Secara ringkas nya kebaikan KISMIS ialah ia dapat menyerap kahak, menyejukkan perut, mencerdaskan minda, meneutralkan kandungan air kencing, servis kerongkong, hilangkan penyakit hempedu, menguatkan sistem penghadaman, menguatkan saraf, menambahkan tenaga fizikal menguatkan jantung.
 SUMBER

Beberapa hari yang lalu, admin ada terbaca surah ke-78 iaitu surah An-Naba yang menyebut mengenai buah anggur.. Penghuni syurga akan beroleh apa yang diingini dan terdapat taman-taman bunga dan kebun-kebun buahan terutamanya anggur..


Nota Que: Subhanallah.. Anggur yang di dunia pun dah rasa sedap.. Apa ntah lagi anggur yang ada di dalam syurga..

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.