Khasiat Madu Yang Perlu Kita Tahu

Assalammualaikum w.b.t... Salam i-Sihat, u-sihat.. Insya-Allah, semua sihat.. Pagi ni admin minum PB sejuk.. hehehehe.. Admin bancuh malam tadi sebelum tidur.. So pagi ni bangun, terus menikmati kesegaran PB..



Kali ni, admin nak share tentang kelebihan dan khasiat madu lebah.. Antara kebaikan madu lebah adalah seperti berikut:
1. Mengurangi Gejala Alergi dan Asma
Madu merupakan agen anti-inflamasi yang merupakan ubat alami untuk mengurangkan gejala alergi dan asma. Madu sangat efektif menangani bersin yang diakibatkan oleh alergi terhadap suatu benda.
2. Mencegah Bakteria
Madu juga agen anti-bakteria yang melindungi tubuh dari infeksi bakteria penyebab-enyakit, jika digunakan sebagai ubat sapu dapat melindungi luka bakar dari serangan baktera. Di samping itu juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk luka akibat gigitan serangga, misalnya lebah.
3. Menurunkan Berat Badan
Di dalam madu terdapat tiga kandungan yang sangat diperlukan oleh tubuh, iaitu vitamin, mineral dan asid amino. Ketiga-tiga bahan tersebut berfungsi sebagai pengawal berat badan (jika tinggi diturunkan begitupun sebaliknya) sehingga menjadikan anda bebas dari obesiti.
4. Ubat Batuk dan Radang Tekak
Untuk melegakan batuk yang tak kunjung henti disertai dengan rasa gatal pada tekak, anda boleh cuba meminum teh madu yang dicampur lemon, serta air hangat. Sesudah minum teh jangan lupa juga untuk minum air putih agar rasa manis dalam madu dan lemon tidak tertinggal di tekak.
5. Menjaga Fungsi Saluran Usus
Rutin minum satu gelas susu dengan tambahan dua sudu makan madu hutan sangat baik untuk memelihara fungsi saluran usus, terutamanya jika anda minum sebelum tidur.
6. Memberi Tambahan Tenaga
Jika tubuh merasa letih karena pekerjaan yang banyak menggunakn tenaga, pada waktu rehat minumlah secawan teh madu tanpa gula. Madu dapat membekalkan tenaga tambahan kerana di dalamnya terdapat kandungan karbohidrat yang cukup banyak.
Jika anda seorang atlet, sudah tentu sering bergerak dan sering mengalami keletihan. Glukosa semulajadi dalam madu juga membekalkan tenaga secara dengan segera.
7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Badan
Badan akan lebih kebal terhadap serangan bakteria penyebab penyakit jika setiap hari anda mengambil nutrisi yang cukup. Untuk melengkapi nutrisi yang kurang, anda boleh mengamalkan madu sebagai bahan wajib untuk tubuh anda pada setiap hari.
8. Mengatasi Insomnia
Berdasarkan sebuah penelitian campuran antara kayu manis, halia dan madu yang dijadikan teh herbal dapat menenangkan tubuh ketika malam hari dilanda insomnia atau susah tidur.
9. Memelihara Kesihatan Rambut
Madu memang terkenal akan khasiat bagi kesihatan rambut. Anda boleh merawat pertumbuhan rambut, mencegah rambut botak dan menjauhkan masalah-masalah rambut yang lain cukup dengan mengamalkan madu setiap hari.

Sementara berikut ini adalah khasiat madu untuk kecantikan:
  • Mengangkat Kotoran: Buatlah masker dari madu, kemudian biarkan selama 30 minit hingga mengering, kemudian bilas wajah anda dengan air suam dan lap bersih. Perawatan ini boleh anda lakukan selepas pulang kerja, tujuannya untuk membersihkan kotoran atau debu yang melekat di kawasan wajah. 
  • Mencerahkan Kulit: Madu yang dicampurkan dengan tomato boleh dijadikan scrub untuk memutihkan kulit tangan dan kaki. Mula-mula anda buat dulu madu dengan tomato yang sudah ditumbuk halus sehingga terbentuklah pasta tebal. Sapukan pada seluruh kulit tubuh (kecuali muka) dan rehat selama 15 minit agar kandungan dalam kedua-dua bahan tadi bekerja menegangkan kulit, setelah itu bersihkan dan rasakan kesegaran hasilnya.
  • Menghilangkan Bekas Jerawat: Madu akan membantu pembentukan kolagen yang diperlukan kulit agar nampak lebih muda, selain itu kolagen juga dapat menghilangkan bekas jerawat. Anda boleh sapukan madu biasa ke kulit wajah secara teratur.
  • Kondisioner Rambut Alami: Gunakan campuran madu dan minyak zaitun untuk mengusap rambut sehingga ke hujungnya. Biarkan bahan-bahan tadi melekat di kulit kepala dan rambut selama satu jam, kemudian bersihkan dengan air sejuk. Anda akan dapat rasakan rambut berkilau dan lembut.
  • Melambat Penuaan: Satu sudu madu sudah dapat menunda proses degeneratif kulit Anda. Jika dos ditambahkan, ia akan membantu melambatkan penuaan dengan mempertahankan ketegangan dan keanjalan kulit.
  • Membuat Kulit Anjal: Jika Anda ingin memiliki kulit halus dan anjal, cubalah mencampurkan 3 sudu air mawar dengan 1/4 gelas madu. Kemudian sapukan pada kulit wajah dan biarkan selama 15 minit. Sesudah itu, bersihkan dengan air jernih. Hasilnya, lihat betapa cantiknya pesona anda.
  • Melembabkan Kulit: Madu dapat mengurangi kesan negatif dari kulit yang terbakar oleh UV matahari. Jika anda wanita yang sering bekerja di luar pejabat, sangat penting merawat kulit wajah dengan madu selepas kerja agar kulit tetap terjaga kesihatannya.
  • Mencuci Rambut: Anda boleh campurkan shampo yang biasa anda gunakan dengan madu secukupnya untuk mencuci rambut. Anda hanya perlu membiarkan kedua bahan melekat pada rambut selama 2 jam agar kandungannya dapat mengubati rambut yang rosak.
  • Mengubati Bekas Luka Pada Wajah: Campurkan minyak almond, serbuk susu, air perahan limau nipis bersama dengan madu untuk membuat masker wajah yang dapat mengubati bekas luka. Sebelum digunakan, campuran bahan tersebut perlu disimpan dalam peti ais selama satu minggu.
  • Mengatasi Bibir Kering dan Pecah-pecah: Madu jauh lebih baik berbanding lip balm kerana kehebatannya dalam melembabkan bibir yang kering dan pecah-pecah.
  • Menjaga Kelembutan Kulit: Buat scrub dari kacang tanah yang ditumbuk, madu dan jus lemon. Gosokkan pada kulit tangan dan kaki selama 5 minit kemudian bersihkan. Kacang tanah akan berfungsi mengelupaskan kulit, jus lemon membantu menghilangkan kotoran dan madu akan memelihara kulit tetap lembut.
  • Mengatasi Kulit Kedut: Campuran antara bawang dan madu sangat sesuai untuk mengatasi kulit kedut di usia muda.

 

Fungsi lain dari madu:

  1. Masker yang sesuai untuk kulit sensitif.
  2. Memberi kesihatan ekstra pada kulit.
  3. Dapat mengubati kurap dengan menambahkan serbuk kunyit.
  4. Jika dicampurkan dengan jus lobak dapat mempertajam daya penglihatan, doktor menyarankan untuk minum setiap pagi.
  5. Dapat mencegah osteoporosis.
  6. Merangsang peningkatan sistem kekebalan tubuh pada pesakit asma yang diberikan madu sebanyak 5 - 6 kali masing-masing 1 sudu sehari.
  7. Memperpanjang usia.
  8. Mengurangi risiko kanser dan arthritis.
  9. Penghalang implantasi tumor.
  10. Membuat kulit segar dan lembab lebih lama.
  11. Dapat melawan penyakit kuning, walaupun belum dibuktikan sepenuhnya.
  12. Menambahkan madu pada segelas susu juga dapat meningkatkan jumlah sperma dari nol sampai tingkat kesuburan tertinggi.
  13. Stimulan seksual semulajadi yang meningkatkan kejantanan dan kesihatan reproduksi.
  14. Dapat melawan radikal bebas kerana mengandung antioksidan.
  15. Sangat efektif untuk menghilangkan selulit kerana membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
  16. Meredakan sakit pada perut yang kosong.
  17. Mengurangi risiko terhadap serangan jantung.
  18. Mengubati penyakit asam lambung.
  19. Mengatasi sakit perut.
  20. Meredakan stress.
  21. Mengatasi hiperaktif pada anak.
  22. Ubat kumur untuk membersihkan kotoran dan kuman dalam mulut.



Waaaahhhhhhh..... Banyak betul khasiat madu lebah.. Tidak hairanlah ia menjadi amalan Rasulullah s.a.w.. Ok, artikel ni admin dapat dalam bahasa indonesia.. Admin dah translate dalam bahasa melayu.. So admin nak minta maaf andai ada yang tak faham or tersalah translate...
Nota Que: Dalam VaChoc dan Premium Berry ada campuran madu... Sebab tulah rasanya sangat sedap dan lazat... 

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.