Buah-buahan Yang Mengandungi Kolagen

Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Ramai yang mula sedar akan kepentingan kolagen untuk tubuh badan kita.. Ramai yang beranggapan kolagen hanya terdapat pada rumpai laut sehingga melonjakkan permintaan terhadap rumpai laut.. Tapi tahukah anda kolagen juga boleh diperolehi dari buah-buahan yang mudah didapati di negara kita.. Jom baca sama-sama..

Kolagen adalah protein yang paling banyak dalam tubuh manusia. Terdapat lebih dari 20 jenis kolagen yang berbeza dan mejalani fungsi struktural, kekuatan dan tingkat elastisitas (dalam kombinasi dengan elastin).dalam tubuh. Kolagen terdapat pada kulit, jaringan ikat, dinding pembuluh darah dan mata. Kolagen kaya akan asam amino prolin dan lisin.

Manfaat Kolagen dalam Tubuh

Pada lapisan tengah kulit kolagen membantu membentuk jaringan fibrosa, yang di atasnya sel-sel baru dapat tumbuh. Kolagen juga diperlukan dalam penggantian dan pemulihan sel-sel kulit mati. Beberapa kolagen juga berfungsi sebagai penutup pelindung organ halus dalam tubuh seperti ginjal.

Vitamin C membantu pembentukan kolagen. Meskipun buah tidak mengandung kolagen, buah-buahan yang mengandungi protein atau memberikan vitamin C ini memberikan tubuh blok bangunan struktural protein kolagen ini.

Berikut adalah buah-bahan yang mengandungi kolagen:

1. Jambu Batu
Di Malaysia,  jambu batu cukup mudah untuk ditemui. Di dalam 100 gram, terdapat 228 miligram vitamin C, tiga kali lebih besar dari keperluan harian kita akan vitamin c termasuk sebagai bahan kolagen. Jambu batu menjadi salah satu sumber serat dan sumber vitamin A yang sihat.


2. Kiwi
Buah kiwi Berisi fito-kemikal, vitamin dan juga mineral yang sangat banyak untuk memenuhi keperluan tubuh akan pelbagai nutrisi tersebut. Vitamin C terkandung di dalam buah kiwi sebanyak 92,7 mg yang membekalkan keperluan kolagen.


3. Laici
Buah laici dalam jumlah 100 gram mengandungi 71,5 mg vitamin c, yang berguna sebagai kolagen. Terpenuhinya keperluan vitamin C harian tubuh akan membuat tubuh kita kebal terhadap serangan-serangan virus atau bakteria yang boleh menyebabkan penyakit.

4. Betik
Betik merupakan buah tropika yang sangat mudah ditemui di Malaysia. Rasanya yang manis dengan tekstur lembut menjadikan betik disukai oleh ramai orang. Kandungan nutrisi betik pun tidak kalah. Buah yang mengandung kolagen ini memenuhi vitamin C sebanyak 61,8 setiap 100 gram buahnya.

5. Strawberi
Warnanya merah menarik, rasanya ada manis dengan sedikit campuran rasa masam yang bisa membuat kita merasa fresh kembali. Strawberi merupakan buah jenis berry yang paling terkenal. Strawberi adalah jenis buah yang rendah kandungan kalorinya tetapi sangat banyak jumlah vitamin C nya. Vitamin C di dalam buah strawberi ini membentuk kolagen yang berguna menjaga kesihatan kulit.

6. Oren
Oren adalah buah yang paling banyak mengandung Vitamin C. Dan, di dunia, oren dipercaya sebagai salah satu buah yang paling sihat. Di dalam 100 gram oren, dapat memenuhi sekitar 90% keperluan vitamin c harian kita. Selain itu oren juga mengandung banyak nutrisi seperti kolagen dan juga kandungan flavonoid yang tinggi. Zat herpidin juga terdapat di dalam oren yang berguna sebagai makanan penurun darah tinggi.

7. Lemon
Lemon memiliki rasa yang kecut, memiliki aroma yang sangat segar. Lemon juga mengandungi banyak khasiat yang sangat baik bagi kesihatan termasuk kandungan kolagennya. Hal ini terdapat pada  mengamalkan 100 gram lemon mengandungi 53 mg, akan dapat memenuhi 88% keperluan vitamin C yang disarankan setiap hari. Vitamin B complex juga terkandung dalam konsentrasi yang tinggi di dalam buah yang ini.

8. Nanas
Nanas, termasuk dalam jenis tanaman tropis. Rasa nanas yang segar juga tidak kalah jika dibandingkan dengan buah-buahan lainnya. Mengamalkan 100 gram nanas, akan memenuhi 80% keperluan tubuh kita terhadap vitamin c. Kolagen yang terdapat dalam vitamin C buah nanas ini, sebanyak 47,8 mg per 100 gram buahnya. Nanas juga memiliki kandungan potassium, mangan dan folat yang tinggi, berguna untuk meningkatkan fungsi organ-organ tubuh.

9. Buah Cermai
Buah cermai memiliki rasa yang menyegarkan, sedikit manis dengan campuran rasa masam. Buah yang mengandung kolagen tinggi ini, kebanyakan dijadikan sebagai jeruk buah cermai. Jika diamalkan dalam jumlah 100 gram, akan memenuhi 46% keperluan vitamin C.

10. Mangga
Mangga sangat mudah diperolehi di negara kita. Rasanya enak, ada pelbagai jenis dan juga sangat menyihatkan. Mengandung sekitar 45,7 miligram Vitamin C di dalam 165 gram mangga, yang berguna sebagai kolagen penting untuk menjaga kesihatan kulit.
 
11. Buah Kedondong / Ambra
Buah kendondong merupakan buah asli dari wilayah Asia Tenggara. Di Malaysia khususnya, kendondong sangat mudah untuk dijumpai. Biasanya buah kedondong dijadikan sebagai jeruk. Padahal mengamalkan buah kedondong segar, lebih kaya akan nutrisi dibandingkan kedondong yang sudah dijeruk. Kandungan vitamin C, 36 miligram atau sekitar 60% dari keperluan harian.

12. Buah Nona
 
Buah nona memiliki rasa yang manis dan sangat enak. Ia memiliki banyak kandungan nutrisi yang sangat baik untuk tubuh dan mengandungi kolagen yang tinggi. Hal ini berasal dari kandungan vitamin C di dalam buah nona sebanyak 35,9 miligram per 100 gram buahnya. Buah nona memiliki banyak kandungan vitamin, mineral dan antioksidan.


 13. Belimbing
Belimbing dapat tumbuh dengan baik di wilayah yang memiliki iklim tropika. Rasanya manis jika sudah masak, namun masih ada sedikit rasa masam. Di dalam buah belimbing mengandung kolagen, yang berasal dari vitamin C iaitu 34,7 miligram vitamin C per 100 gramnya. Belimbing juga merupakan sumber vitamin B complex yang cukup lengkap.

  14. Limau Bali
 Limau bali jika sudah matang akan berwarna merah dan rasanya sangat segar. Warnanya yang demikian menjadi sumber lycopene, vitamin A serta memiliki kandungan beta carotene yang tinggi pula. Selain itu, limau bali merupakan buah yang mengandung vitamin C, mencukupi 52% vitamin C yang diperlukan oleh tubuh sehari.

15. Markisa
 
 Markisa merupakan buah yang berasal dari Amerika Selatan. Rasanya enak, biasanya markisa dijadikan sebagai campuran minuman. Buah yang mengandung kolegan tinggi ini, berasal dari vitamin C sebanyak 30 miligram di setiap 100 gram buahnya. Markisa juga tinggi akan kandungan vitamin A serta potassium.

16. Buah Durian Belanda
Buah durian belanda termasuk makanan kaya serat dan vitamin. Vitamin yang paling dominan di dalam buah durian belanda adalah Vitamin C, sekitar 20 miligram di dalam 100 gram buah durian belanda yang juga baik sebagai sumber kolagen. 

  17. Buah Durian  
Buah durian juga digelar sebagai raja buah, memang buah yang sangat digemari oleh kita. Baunya memang sangat khas dan mengandung vitamin C yang sangat tinggi yang berguna sebagai kolagen, sekitar 19,7 mg per 100 gram. Buah durian juga memiliki banyak kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh namun waspada bahaya makan durian jika berlebihan.

18. Buah Ciku
Buah Ciku juga termasuk buah yang mengandung kolagen tinggi. Buah ciku mengandung vitamin C yang dapat memenuhi sekitar 24.5% keperluan vitamin C tubuh di dalam satu hari. Sedangkan buah ciku yang sudah matang dapat menjadi sumber potassium, zat besi dan folate yang sangat baik.

  19. Tomato
Kandungan gizi tomato di dalam setiap 100 gram buah tomato, dapat memenuhi 21% dari keperluan vitamin setiap hari yang berfungsi sebagai kolagen semulajadi. Tomat0 juga berguna untuk melindungi kulit dari sinar ultra violet, karana di dalam tomato mengandungi banyak lycopene. 

20. Buah Langsat
Buah langsat memiliki bentuk seperti buah duku. Tetapi pada dasarnya buah ini adalah dua jenis buah yang berbeza. Salahnya lagi kita sering menganggap kedua jenis buah ini sama. Buah langsat ini mengandungi sekitar 13.3 miligram vitamin C per 100 gram buahnya, yang mengandungi kolagen.

21. Anggur

Buah anggur merupakan buah yang mengandung vitamin A, C, K dan vitamin B complex yang sangat baik. Setiap 100 gram buah anggur mengandungi sekitar 10.8 miligram vitamin C yang berperanan sebagai kolagen.

22. Delima
Sekitar 17% vitamin c dari total keseluruhan keperluan tubuh terdapat dalam 100 gram buah delima. Mengamalkan buah delima yang kaya kolagen ini secara teratur, bermanfaat untuk menjauhkan kita dari kanser prostate, penyakit diabetes serta limfoma.

23. Buah aprikot 
Baunya harum, rasanya manis, buah aprikot memang sangat disukai. Rasa buah aprikot yang matang, mengandungi kolagen yang hampir sama sekali dengan rasa buah plum yang matang. Tidak kalah dengan buah plum, buah aprikot juga mengandung banyak nutrisi. Di antaranya, mengandung sekitar 16% vitamin C dari total keperluan vitamin C harian yang mencukupi keperluan kolagen tubuh.

24. Blueberry
Blueberry, walaupun ukuran buahnya kecil tetapi mengandung pigmen pro anthocyanin yang sangat tinggi yang bermanfaat sebagai antioksidan bagi tubuh seperti menangkal radikal bebas. Di dalam 100 gram, terdapat 9.7 miligram vitamin C atau setara dengan 16% dari total keperluan vitamin C tubuh harian.

25. Buah plum
Buah plum banyak ditanam di negara Eropah, Amerika, Cina dan juga Jepun. Di Malaysia, kita boleh membeli buah plum ini di supermarket. Buah plum merupakan makanan rendah kalori, namun tinggi kolagen yang terdapat pada kandungan vitamin C.

26. Pisang
 
 Pisang merupakan buah yang memiliki rasa nikmat biasa digunakan sebagai penutup. Pisang mengandung banyak nutrisi yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh. Dalam 100 gram pisang mengandungi 8.7 miligram Vitamin C yang baik untuk menjaga daya tahan tubuh dan juga sumber kolagen. Pisang juga boleh menjadi sumber vitamin B6 dan potassium yang sangat baik.

27. Manggis
Buah manggis memiliki isi buah berwarna putih, dengan rasa manis yang khas buah manggis sangat disukai ramai. Apalagi di Malaysia buah manggis sangat mudah sekali untuk dijumpai. Di setiap 100 gram manggis, terdapat 7.2 mg C yang berguna sebagai kolagen semulajadi bagi tubuh. Manggis juga mengandung Vitamin B complex seperti folat, thiamin dan niacin.

28. Buah peach
Buah peach berasal dari negeri Cina. Vitamin C sebagai antioksidan dan kolagen alami juga terkandung di dalam buah peach, iaitu 11% dari keperluan vitamin c yang disarankan untuk tubuh kita.

29. Buah Epal 
Buah epal merupakan makanan untuk diet yang banyak diamalkan. Di dalam 125 gram epal mengandung 5.7 miligram vitamin C atau dapat memenuhi sekitar 10% keperluan vitamin c dalam tubuh kita setiap harinya termasuk sebagai zat kolagen. Epal juga memiliki kandungan antioksidan yang sangat bagus untuk menjauhkan tubuh dari pelbagai radikal bebas.

30. Buah Pear
Tekstur buah pear hampi sama dengan tekstur buah epal, kaya akan rasa dan banyak mengandung keperluan nutrisi manusia sehari-hari. Sekitar 7 persen dari keperluan vitamin c terdapat dalam 100 gram buah pear, yang berguna sebagai kolagen. Pear juga menjadi sumber serat, mineral dan vitamin yang jumlahnya juga tidak kalah banyaknya.

 

Kesan Kekurangan Kolagen

Penghasilan kolagen  dalam tubuh kita menurun seiring dengan usia, kulit akan kehilangan elastisitik dan menyebabkan kulit menjadi kendur, pembentukan garis-garis kedutan dan melemahkan tulang rawan pada sendi. Tubuh secara konsisten menghasilkan kolagen sehingga sekitar usia 40 tahun. Kolagen kemudian mulai berkurangan setelah mencapai usia ini. Oleh itu, mengamalkan buah-buahan ini secara bervariasi setiap hari, dapat mengatasi kekurangan kolagen di usia tua. 


Ni admin nak bagi tahu, Premium Berry adalah susu kambing yang mempunyai campuran kolagen.. Jom kita sama-sama amalkan sunah minum susu kambing dan dapat pelbagai manfaat..

Nota Que: Hubungi 019-3201012 untuk belian atau pertanyaan..

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.