i-Sihat Pilihan No. 1

Assalammualaikum w.b.t... Salam i-Sihat, u-sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Wooowww.. Lagi 2 hari kita akan masuk tahun 2017.. Mesti ramai yang sibuk dengan persiapan persekolahan anak-anak.. 

Untuk yang baru nak merisik-risik tentang i-Sihat, meh admin nak bagi tau.. i-Sihat Susu Kambing ada 3 perisa (insya-Allah, akan bertambah pada masa akan datang) iaitu perisa Asli, Vachoc (vanila + chocolate) dan Premium Berry..

Sebelum admin terjebak dengan i-Sihat, anak-anak admin minum susu lembu je.. Bukan la admin pergi perah susu kat ibu lembu.. Maksud admin, susu tepung la.. hehehehe.. Anak sulong admin (Abang Hamy - AH) berusia 8 tahun masih lagi minum susu.. Admin memang akan pastikan AH minum susu setiap hari.. Walaupun AH bancuh susu sendiri (dah besarkan), setiap hari admin akan ingatkan AH untuk minum susu..

Oleh kerana sebelum minum i-Sihat, AH minum susu tepung lembu perisa chocolate, so Admin gantikan dengan i-Sihat Susu Kambing VaChoc untuk AH.. Masa mula-mula nak bertukar ke susu kambing, AH ada la merungut.. 

AH: "umi, kenapa abang kena minum susu kambing.. Errrmmm, abang tak pernah makan kambing.. Abang rasa, abang tak akan sukakannya.."
Admin: "abang cuba la rasa dulu.. Susu kambing ni baik untuk badan tau.. Rasulullah s.a.w. selalu minum susu kambing.. Kalau kita ikut apa yang Rasulullah s.a.w.  buat / suka, nanti kita dapat pahala.. Allah pun sayang kita.."
AH: "ok, umi.. Nanti abang minum susu kambing umi.."

Selepas minum Vachoc, AH cakap; "umi.. Sedap juga ye rasa susu kambing yang chocolate ni.. Abang suka.. Terbaik..."

********
Admin tak menghadapi masalah untuk tukar susu si adik (Adik Hafiy - AF) yang berusia 2 tahun.. Sebab AF tak cerewet macam si abang.. Yang penting bancuh susu dalam botol, warna susu tu mesti warna putih.. Kalau warna lain dia tak nak minum dalam botol.. Dah terpaksa pula tuang dalam cawan.. huhuhu.. 

Untuk admin pula, sudah semestinya Premium Berry yang menjadi pilihan hati.. 15 khasiat dalam 1, memang terbaiklah.. Admin memang tak pernah ambil apa-apa supplement tambahan sama ada untuk sihat atau untuk cantik.. Sebab admin selalu percaya, untuk sihat dan cantik semulajadi kita perlu jaga pemakanan kita.. 

Masa admin masih kanak-kanak, admin tak suka minum susu.. So bila dah ada kesedaran mengenai pentingnya kalsium dalam tulang dan gigi, admin mula minum susu untuk tulang walaupun tak selalu.. hehehehe.. 

Sejak terjebak dengan i-Sihat, sudah menjadi rutin admin minum susu setiap hari pada waktu pagi dan malam.. Hasilnya??? Sudah tentulah admin semakin sihat dan bertenaga..

So apa tunggu lagi??? Whatsapp / Telegram: 019-3201012 Segera!!!


Nota Que: huhuhu.. Mesti ada yang pelik baca ayat percakapan AH.. AH memang bercakap macam bahasa TV.. hahahaha..

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..
Powered by Blogger.