29 Makanan Yang Kaya Kalsium

Assalammualaikum w.b.t.. Salam i-Sihat, u sihat.. Insya-Allah, kita semua sihat.. Wahhhh... Tak sedar, kan.. Dah nak masuk bulan Februari.. Cepat betul masa berlalu.. Dan semakin bertambah usia kita.. Haaaahhhh.. Bila semakin berusia, semakin banyak badan kita perlukan kalsium.. Meh admin nak share terdapat 29 makanan yang kaya dengan kalsium..

Kalsium merupakan salah satu mineral yang jumlahnya paling banyak diantara mineral-mineral lainnya yang terkandung dalam tubuh kita. Kalsium sangat berguna dalam membantu pertumbuhan, terutama pada bahagian tulang, untuk mencegah tulang reput (osteoporosis), dan membantu memperkuat struktur tulang kita.

Perincian keperluan kalsium :
  • 800 mg untuk dewasa di atas 25 tahun 
  • 1.000 mg setelah usia 50 tahun. 
  • Ibu hamil dan menyusui harus mengambil 1.200 mg kalsium per hari

Keperluan kalsium anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:
  • Bayi berumur - 5 bulan : 400 mg
  • Bayi 6 bulan - 1 tahun : 600 mg
  • Anak usia 1 - 10 tahun : 800 mg
  • Remaja usia 11 - 24 tahun: 1.200 mg


Manfaat Kalsium Bagi Tubuh Manusia

Ada beberapa manfaat kalsium bagi kesihatan, diantaranya adalah seperti berikut :
  • Mengaktifkan saraf
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melenturkan otot
  • Menormalkan tekanan darah
  • Menyeimbangkan tingkat keasidan darah
  • Menjaga keseimbangan cairan tubuh
  • Mencegah osteoporosis (tulang reput)
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan risiko kanser usus
  • Mengatasi kram, sakit pinggang, hemorrhoids (buasir), dan reumatik (gout)
  • Mengatasi sakit saat haid dan menopause
  • Meminimakan penyusutan tulang selama hamil dan menyusui
  • Membantu mineralisasi gigi dan mencegah pendarahan akar gigi
  • Mengatasi kering dan pecah-pecah pada kulit kaki dan tangan
  • Memulihkan gairah seks yang menurun/melemah
  • Mengatasi kencing manis (mengaktifkan pankreas)
    SUMBER
Jadi bagaimana kita hendak memenuhi keperluan kalsium kita sehari –hari?? Adakah susah untuk memenuhi keperluan kalsium kita sehari – hari? Sebenarnya tidak susah, bahkan bahan-bahan makanan yang biasa kita ambil, memiliki kandungan kalsium yang tidak boleh dianggap remeh.
Berikut bahan-bahan makanan yang mengandungi kalsium yang tinggi :

PRODUK HASIL TENUSU

1. Susu
Susu merupakan produk yang paling popular di kalangan masyarakat, sebagai salah satu bahan makanan yang mampu mencukupi keperluan kalsium. Satu gelas susu memiliki kandungan kalsium sebanyak 270 mg, karana itu, disarankan untuk mengambil susu secara rutin 2 kali sehari agar memenuhi keperluan kalsium.

2. Keju
Selain susu, keju juga memiliki kalsium yang tinggi. Mengamalkan keju dapat menggantkan susu, bagi yang alergi akan protein susu. Campurkanlah keju di dalam menu makanan sihat sehari-hari, untuk membantu memaksimakan keperluan kalsium dalam sehari.

3. Yoghurt
Yoghurt merupakan salah satu produk hasil susu yang sangat popular. Selain dapat membantu melancarkan pencernaan, yoghurt juga memiliki kandungan kalsium yang baik untuk tubuh sehari-hari. Hal ini tidaklah mengejutkan, karana yoghurt merupakan produk hasil susu yang memiliki kandungan mineral dan gizi yang banyak.

4. Sumsum Tulang Lembu
Salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan kalsium tertinggi. Sumsum tulang lembu mampu memberikan kalsium sebanyak 40 kali ganda kalsium daripada susu lembu biasa.


SAYUR-SAYURAN

5. Bayam
Bayam merupakan sayuran hijau yang sangat mudah ditemui dimana-mana. Bayam biasa dimasak rebus atau sup, sebagai makanan sihat sempurna ternyata memiliki kandungan kalsium yang tidak main-main. Bayam ternyata mampu menghasilkan 200 mg kalsium, yang tentu saja akan sangat membantu dalam mencukupi keperluan kalsium sehari-hari. 
 
7. Lobak
Lobak menghasilkan 200 mg kalsium per batang, yang akan sangat bermanfaat bagi keperluan kalsium anda sehari-hari. Sayuran yang biasa ditemui pada masakan soto atau acar ini memiliki manfaat yang sangat baik bagi pemenuhan kalsium anda sehari-hari.

8. Kobis
Jenis sayuran yang biasa kita temukan dalam sup, cap cay, siomay dan berguna sebagai makanan rendah kolesterol. Kobis ini memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi, aitu 90 mg kalsium.

9. Brokoli
Brokoli merupakan sayuran hijau yang digemari oleh masyarakat. Seperti kebanyakan sayuran hijau lainnya yang memiliki serat tinggi, ramai yang mengamalkan sebagai makanan untuk diet sihat. Disamping itu, brokoli ternyata juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi, yaitu sebanyak 180 mg.

10. Bokchoy
Bokchoy merupakan sayuran hijau yang mirip seperti daun sawi. Memiliki kandungan serat yang tinggi, bokchoy juga memiliki kandungan kalsium sebanyak 74 mg.

11. Kangkung
Sayuran hijau memang sangat berguna bagi kesehatan tubuh kita. Kangkung, selain memiliki serat yang tinggi, juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi dan sangat baik bagi keperluan sehari – hari.


KACANG-KACANGAN / BIJI-BIJIAN

12. Kacang Soya
Bagi yang menyukai kekacang, pastinya sudah tidak asing dengan kacang soya ini. Kacang soya merupakan salah satu sumber protein yang tinggi. 1 cawan kacang soya rebus mengndungi kalsium sebanyak  261 mg.

13. Kacang Putih
Kacang putih ini memiliki kandungan kalsium sebanyak 175 mg.

14. Biji Bijan
Biji bijan biasa digunakan sebagai garnish atau topping bagi makanan saja. Namun siapa sangka, walaupun biasa digunakan dalam jumlah yang sedikit, setiap 1 ons  biji bijan ini memiliki kandungan kalsium yang tinggi, aitu sebanyak 280 mg.

15. Kacang Almond
Almond biasa dijadikan bahan campuran dalam kek, biskut dan coklat. Namun ternyata selain kaya kandunagn vitamin E, kalium dan zat besi, kacang almond memiliki kandungan kalsium sebanyak 72 mg per ¼ cawan.

16. Kacang Peas
Kacang peas atau edamame memiliki kadar kalsium yang tinggi, aitu sekitar 98 mg kalsium. Kacang peas ini boleh diamalkan dengan cara merebusnya dan boleh terus dimakan.


BUAH-BUAHAN

17. Oren
Oren merupakan buah yang terkenal kaya dengan vitamin C. Selain memiliki kandungan vitamin C yang tinggi, oren juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi dalam sebiji buah, iaitu sebanyak 65 mg kalsium.

18. Buah Ara
Buah ara merupakan salah satu jenis buah yang memiliki kandungan kalsium yang tinggi, iaitu sebanyak 107 mg kalsium per 2 biji buah.

19. Pisang
Pisang merupakan buah-buahan yang sangat bermanfaat. Memiliki kandungan mineral yang sangat banyak, antara lain kalium, fosfor, zat besi, magnesium, dan kalsium.

20. Avokado
Avokado merupakan buah yang memiliki banyak keunggulan. Selain baik untuk kesihatan kulit, dan memiliki banyak vitamin yang terkandung. Buah avokado juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi yang dapat memnuhi keperluan kalsium anda dalam sehari.


MAKANAN LAUT

21. Ikan Salmon
Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang memiliki banyak kandungan mineral yang tinggi dan sangat berguna bagi tubuh sebagai makanan untuk pesakit diabetes. Selain mengandungi protein, 3 auns ikan salmon tin memiliki kandungan kalsium yang tinggi, iaitu sebesar 181 mg.

22. Sardin
Ikan lain yang memiliki kandungan kalsium yang tinggi adalah ikan sardin. Ikan yang biasa didapati dalam bentuk tin ini ternyata mampu memenuhi 30 % kalsium yang diperlukan tubuh.

23. Udang
Udang merupakan seafood yang memiliki banyak kandungan mineral. Anda boleh mengamalkan udang segar atau udang kering yang juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi pula.

24. Kerang
Sama seperti udang, kerang juga merupakan hasil laut yang memiliki kalsium yang tinggi yang mampu membantu anda dalam memenuhi keperluan kalsium dalam satu hari.


JENIS MAKANAN YANG DIPROSES
 
25. Oatmeal
Oatmeal merupakan jenis bijirin yang sangat popular di kalangan masyarakat yang gemar menerapkan gaya hidup sihat. Selain memiliki kandungan serat yang tinggi, oatmeal juga memiliki kandungan kalsium sebanyak 105 mg dalam setiap mangkuk.

26. Susu Soya
Bagi yang memiliki alergi terhadap produk hasil tenusu, jangan bimbang cubalah untuk mengamalkan susu soya ini. Satu cawan susu soya ini memiliki kandungan kalsium sebesar 300 mg.

27. Tauhu
Taahu merupakan salah satu produk kacang soya yang memiliki kandungan kalsium yang tinggi. Taahu merupakan menu yang popular di kalangan masyarakat kita dan dapat diperoleh dengan sangat mudah di pasar – pasar sekitar.

28. Tempe
Sama seperti taahu, tempe yang merupakan olahan dari kacang soya juga memiliki kandungan mineral yang sangat baik bagi tubuh. Selain itu, tempe juga memiliki kandungan protein yang tinggi dan bermanfaat bagi tubuh.

29. Crackers
Crackers atau biskut ternyata memiliki kandungan kalsium yang baik bagi tubuh juga. Beberapa jenis crackers, memiliki kandungan kalsium yang cukup tinggi dan dapat membantu memenuhi keperluan kalsium anda sehari-hari.



Alhamdulillah.. Boleh dikatakan hampir semuanya admin suka makan.. huhuhuhu.. Cuma part makan sumsum tulang tu, admin angkat 'bendera putih'.. hehehehe.. Takpe admin tak risau sebab i-Sihat  susu kambing kaya dengan kalsium.. 


Nota Que: Apa lagi yang ditunggu??? Whatsapp admin 019-3201012 segera untuk pembelian.. 

0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..

VideoBar

This content isn't available over encrypted connections yet.
Powered by Blogger.