7 Cara Elakkan Kemurungan

Kemurungan ialah keadaan di mana seseorang merasa sedih, hilang harapan, tidak bersemangat, tiada motivasi dan tidak berminat dengan kehidupan. Namun apabila perasaan sebegini berpanjangan sehingga lebih daripada 2 minggu dan menganggu aktiviti harian seperti bekerja, hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan, kemungkinan besar itu adalah kemurungan yang serius. Jadi saya ingin kongsikan 7 cara elakkan kemurungan.


1. LATIH MINDA MELUPAKAN KENANGAN PAHIT
Latih minda untuk melupakan kenangan pahit. Proses ini mengambil masa tetapi ia boleh dipercepatkan dengan adanya disiplin diri.

2. BUANG PERASAAN RISAU YANG MELAMPAU
Kesan ini membuatkan anda akan ada risau yang melampau dan ia memberi kesan buruk terhadap kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.

3. BELAJAR ERTI BERSYUKUR
Ucap syukur ke atas kesemua yang anda ada kerana setiap kali anda bangun pagi anda masih mempunyai kawan rapat dan ahli keluarga yang amat memahami anda.

4. BELAJAR MENJADI PEMAAF
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati daripada perasaan negatif dan
emosi negatif. Ia dapat menghilangkan perasaan negatif dan menarik ketenangan pada diri anda.

5. KETAWA, KETAWA DAN TERUS KETAWA
Ketawalah apabila terdapat perkara yang mengembirakan anda. Ketawa dapat menghilangkan rasa sedih dan kecewa dalam diri anda.

6. UBAH FIKIRAN
Anda harus mencari nilai-nilai positif di dalam diri anda. Kita memang tidak boleh mengubah situasi sedih tapi kita boleh mengubah fikiran kita untuk menjadi lebih positif di dalam kehidupan.

7. CEKALKAN HATI
Cekalkan diri anda supaya anda mempunyai kesabaran yang tinggi dan anda harus pandai mengawal emosi untuk menerima dengan hati terbuka.









0 comments:

Post a Comment

Disclamer

Blog ellVita Susu Kambing adalah blog rasmi bagi produk keluaran i-Sihat Resources. Dari semasa ke semasa admin akan kongsikan tips gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Amalkan minum susu kambing, sihat dapat, pahala pun dapat... Insya-Allah...

Amaran: Sekiranya anda mempunyai alahan pada hasil tenusu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba apa-apa produk hasil tenusu.. Pihak admin tidak bertanggungjawab ke atas kesan sampingan yang mungkin dihadapi oleh anda.. Perkongsian dalam blog adalah berdasarkan pengalaman admin mengamalkan i-Sihat Susu Kambing dan testimoni dari pelanggan..

VideoBar

This content isn't available over encrypted connections yet.
Powered by Blogger.