Sebagai seorang umat Islam, kita digalakkan agar sentiasa bersederhana dalam semua aspek kehidupan. Begitu juga dalam menjalani kehidupan baru seperti pasangan baru berkahwin. Setiap hal perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi di dalam kewangan. Di sini tips untuk pasangan baru berkahwin untuk berjimat.
Mulakan alam perkahwinan dengan menanam sifat berjimat dan sentiasa merancang kewangan anda. pastikan hanya membeli keperluan yang yang bermanfaat di dalam rumah.
*Jika ada barang terpakai dari rumah ibu bapa dan adik beradik, gunakan sementara waktu dahulu. apabila kewangan telah stabil baru membeli yang baru.
2. Rancang ikut kemampuan
Carilah rumah yang mampu anda bayar atau cari rumah sewa. Kalau boleh cari rumah yang berkedudukan strategik yang tidak berapa jauh dari tempat kerja atau berdekatan dengan kemudahan awam untuk memudahkan berulang alik ke rumah dan tempat kerja.
3. Pilih keperluan bukan kemahuan
Barangan harian juga dibeli mengikut keperluan penting sahaja. Usah membeli ikut kehendak dan kemahuan. Selain itu, jika hanya tinggal berdua jangan membeli dalam kuantiti yang banyak. Beli barang dapur yang perlu dimasak hanya untuk seminggu sahaja.
4. Masak sendiri
Memasak di rumah dan elakkan makan di luar kerana memasak di rumah banyak kebaikannya. Selain dapat berjimat, dapat juga meluangkan masa dengan pasangan, merasa air tangan isteri. Apabila meluangkan waktu bersama, pasangan boleh memahami sikap antara satu sama lain serta saling mengenali dengan lebih rapat.
5. Utamakan yang utama
Membeli peralatan rumah yang penting sahaja. Misalnya set bilik tidur, meja makan dan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan, dapur masak dan peti sejuk. Perhiasan rumah tidak penting, cukup sekadar menghias rumah nampak bersih dan ringkas.
0 comments:
Post a Comment